Sunday, 05 September 2010
CANDY YANG ASLI PDF Print E-mail

Semalam, dan ketika ini Candy adalah sesuatu yang baru. Lebih

berazam, bersemangat namun mahu hidup seadanya.

Menyedari hakikat bahawa tiada yang mustahil dalam dunia

ini untuk menjadi diri sendiri dalam usaha mengejar cita. Mahu berdikari,

dan berusaha dengan kepercayaan yang teguh bahawa bertapa sukarnya

cabaran harus tabah dan tidak boleh hanya bergantung kepada

sokongan orang tetapi berusaha dengan penuh kejujuran.

Bertubuh kecil dan berdiri sendirian dalam cabaran kerjaya

yang bukan calang2, kadang-kadang terpaksa membuat

pelbagai keputusan yang sukar, hanya kematangan ber-

fikir akan membolehkan sesuatu itu dilakukan dengan

tepat. Candy sudah menyedari sesuatu yang terpenting

menjadikan diri selalu baru dan asli.

 

Ketika ini,  pelbagai kebuntuan dihadapi, namun kerjaya Candy

masih berterusan. Sekarang ini, kerjaya nyanyiannya diteruskan

bersama sebuah produksi di Sabah dan sedang diurus oleh

Sebuah Produksi di Kuala Lumpur. Buat masa ini, sedang

dalam  proses pembikinan album2 Candy. Segalanya agak perlahan

namun,  Candy akan tetap menghidangkan

buah tangannya buat peminat.  Sebuah  album dalam Bahasa

 Kadazan Dusun/KDM),album  Melayu dan ketika ini 2 buah single

iBahasa Inggeris (kedua-duanya merupakan lagu duet)

 

Sudah tentu usaha ini bukan mudah kerana tatkala

dalam usaha untuk kerja keras menghasilkan projek ini

Candy turut melalui keadaan yang sukar. Ternyata candy

berupaya mengatasi keadaan dengan bersikap lebih

tabah, dan lebih dekat dengan Tuhan.  

 

Candy akan lebih matang dalam menilai sesuatu

keputusan mengenai rancangan masa depan dan hidupnya.

Pengalaman yang ada setakat ini mematangkannya

lebih daripada yang sudah. Namun menurutnya masih harus

belajar memperbaiki diri kerana yang terbaik ialah menjadikan

diri seseorang yang mampu menjadi contoh yang baik

kepada remaja di luar sana.