|

Semalam, dan hari ini. Candy adalah sesuatu yang baru. Lebih berazam, semangat yang baru dan mahu hidup seadanya. Menyedari hakikat bahawa tiada yang mustahil dalam dunia ini untuk menjadi diri sendiri. Mahu berdikari, dan berusaha dengan kepercayaan yang teguh bahawa bertapa sukarnya cabaran harus bergantung kepada usaha dan bukan orang lain. Bertubuh kecil dan berdiri sendirian dalam cabaran kerjaya yang bukan calang2, kadang-kadang terpaksa membuat keputusan yang kadang2 tidak masuk akal. namun kerana kesedaran terhadap sesuatu, Candy kini kembali menjadi seorang yang baru. Bersama sebuah produksi di Sabah dan Sebuah Produksi di Kuala Lumpur Candy dijangka menyiapkan album Bahasa Ibunda, Melayu dan Bahasa Inggeris Sudah tentu usaha ini bukan mudah kerana setiap tindakan kadang-kadang sukar difahami. Ternyata candy mengatakan dirinya masih memerlukan tambahan usia yang bakal mematangkannya lebih daripada yang sudah ada ketika ini. Harus belajar memperbaiki diri dan menjadikan diri seseorang yang mampu menjadi contoh dalam bahagian tertentu se- bagai remaja berwawasan. Candy kata ada banyak kesilapan dan harus banyak belajar menjadi lebih baik dalam segala- galanya. |